News

 

Dialog Lapangan Penyukatan Individu Di Bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi NCR Kawasan Kampung Pendam dan Ulak, Limbang

Posted on 06 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang

Dialog Lapangan Penyukatan Individu Di Bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak bagi NCR Kawasan Kampung Pendam dan Ulak, Limbang

Tarikh : 6 Ogos 2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Al-Kurnia, Kampung Pendam, Limbang

Sesi Dialog Lapangan Penyukatan Individu di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak telah diadakan pada 6 Ogos 2026, jam 9.00 pagi di Masjid Al-Kurnia, Kampung Pendam, Limbang. Dialog ini diadakan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, penuntut dan pemilik tanah NCR di kawasan Kampung Pendam dan Ulak berkenaan proses penyukatan individu yang akan dijalankan.

Penerangan telah disampaikan oleh Pegawai Tanah dan Survei Bahagian Limbang. Antara perkara yang disentuh ialah tujuan penyukatan untuk merekod dan mengesahkan tuntutan NCR secara individu, kaedah pengukuran di lapangan bersama penuntut, dokumen yang diperlukan, serta hak dan tanggungjawab penuntut semasa proses kerja ukur. 

Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat yang jelas dan tepat supaya urusan penyukatan dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan mengikut undang-undang. Sesi dialog berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada penduduk. Penuntut dinasihatkan untuk memberi kerjasama penuh semasa kerja-kerja penyukatan dijalankan.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 09 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement