Taklimat Pengisian Borang A “Surat Aku Janji Perpindahan” Bagi Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu
Posted on 07 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Taklimat Pengisian Borang A “Surat Aku Janji Perpindahan” Bagi Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu
Tarikh : 07.08.2026
Masa : 09.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Jabatan Tanah Dan Survei Sibu
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu bersama beberapa agensi berkaitan telah mengadakan Taklimat Pengisian Borang A "Surat Aku Janji Perpindahan" bagi Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu.
Taklimat ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Forkanizam Bin Dolhadi, wakil Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Puan Maria Nadja Ak Jimmy Jalil, wakil Pejabat Residen Sibu, serta Puan Cynthia Ong Hshiang Ping daripada Pejabat Daerah Sibu yang bertindak sebagai penyampai taklimat.
Kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi ini mencerminkan kerjasama erat antara jabatan dalam memastikan pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu berjalan dengan lancar, di samping memberikan penerangan yang jelas kepada Ketua Isi Rumah yang terlibat.
Selepas sesi taklimat, program diteruskan dengan pengisian Borang A, di mana setiap Ketua Isi Rumah perlu mendapatkan pengesahan daripada agensi berkaitan serta Penghulu Kampung sebelum borang tersebut disempurnakan.
Keseluruhan program telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama erat antara Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, agensi-agensi berkaitan serta semua Ketua Isi Rumah yang hadir. Diharapkan segala urusan perpindahan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
