Program Jelajah Integriti Di Pejabat Bahagian Mukah
Posted on 07 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan tanah dan Survei Bahagian Mukah
Program Jelajah Integriti Di Pejabat Bahagian Mukah
Tarikh : 07.08.2026 (Jumaat)
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Bilik Persidangan, Tingkat 1, Menara Pehin Setia Raja
Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Mukah yang dianjurkan oleh Unit Integriti Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 1, Menara Pehin Setiaraja. Seramai 50 orang kakitangan JTS bahagian Mukah telah hadir mengikuti program tersebut. Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memperkenalkan inisiatif integriti jabatan secara menyeluruh sebagai usaha memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai etika serta memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan.
Sepanjang program, penceramah telah memberikan perkongsian berkaitan integriti yang memberi penekanan kepada kepentingan mengamalkan nilai-nilai integriti, akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas seharian.
Semoga program ini akan menjadi pemangkin kepada kakitangan Jabatan dalam urusan kerja dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
