Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Sarawak - Sabah Link Road (SSLR) Phase 2 (Package 3)
Posted on 04 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Sarawak - Sabah Link Road (SSLR) Phase 2 (Package 3) - Long Luping to Long Komap, Ba’Kelalan, Lawas - Revised Alignment At Long Semadoh & Long Tanid
Tarikh: 04.08.2026 (Selasa)
Masa: 03.00 petang
Tempat: Dewan Kampung Long Semadoh Rayeh, Lawas
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, penuntut dan pemilik tanah berkenaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan meliputi tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan yang disampaikan oleh Pegawai Penilaian, Encik Mohd Marwan bin Yusup.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
