Program Jelajah Integriti Di Pejabat Bahagian Sibu
Posted on 04 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Program Jelajah Integriti Di Pejabat Bahagian Sibu
Tarikh : 04.08.2026
Masa : 08.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Jabatan Tanah Dan Survei Sibu
Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah mengadakan Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Sibu yang berlangsung di Bilik Mesyuarat bermula pada jam 8.00 pagi. Program ini telah disertai oleh warga pejabat sebagai usaha memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai etika serta memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan awam.
Sepanjang program, kakitangan telah mengikuti sesi perkongsian berkaitan integriti yang dikendalikan oleh Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Pengisian yang disampaikan memberi penekanan kepada kepentingan mengamalkan nilai-nilai integriti, akauntabiliti, ketelusan dan profesionalisme dalam melaksanakan tugas seharian.
Semoga program ini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan warga kerja yang berintegriti, beretika dan komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
