Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Balai Raya Dan Benteng di Kampung Bukit Nanas, Tebedu
Posted on 03 Aug 2026
Source of News: Unnit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Balai Raya Dan Benteng di Kampung Bukit Nanas, Tebedu
Tarikh : 03.08.2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Rumah Adat Kampung Bukit Nanas, Tebedu.
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung, JKK Kampung dan pemilik tanah telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses bagaimana membuat tuntutan pampasan.
Dengan adanya sesi dialog ini, diharapkan dapat memberikan pemakluman dan pengetahuan kepada JKK Kampung serta penduduk kampung yang terbabit.
