PROGRAM JELAJAH INTEGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN KAPIT
Posted on 03 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
PROGRAM JELAJAH INTEGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN KAPIT
Tarikh: 03.08.2026
Masa: 0800 pagi
Tempat: PINTU UTAMA & BILIK MESYUARAT JTS KAPIT
Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menjalankan Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Kapit bertempat di JTS Kapit bermula jam 8.00 pagi. Program ini melibatkan penyertaan warga pejabat bagi memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai etika serta memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pengisian program merangkumi sesi perkongsian berkaitan integriti yang dikendalikan oleh Unit Integriti bagi memastikan mesej integriti dapat disampaikan secara berkesan serta diaplikasikan dalam tugasan harian.
