News

 

PAMERAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 1448H/2026M (ZON TENGAH – MUKAH DAN KAPIT

Posted on 31 Jul 2026
Source of News: Unit perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah

PAMERAN SEMPENA PROGRAM ZIARAH MAHABBAH MAJLIS ISLAM SARAWAK TAHUN 1448H/2026M (ZON TENGAH – MUKAH DAN KAPIT)

Tarikh: 31 Julai - 1 Ogos 2026

Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat: Dataran Pehin Setia Raja, Mukah

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Mukah telah menyertai Pameran Sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Tahun 1448H/2026M (Zon Tengah – Mukah dan Kapit) yang berlangsung pada 31 Julai hingga 1 Ogos 2026, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah. Penyertaan ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan Jabatan kepada masyarakat setempat, di samping menyampaikan maklumat berkaitan hal ehwal pentadbiran tanah serta meningkatkan hubungan baik antara Jabatan dengan orang awam.

Sepanjang program berlangsung, booth pameran JTS Bahagian Mukah telah menerima anggaran 200 hingga 300 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat. Para pengunjung telah diberikan penerangan mengenai perkhidmatan Jabatan, termasuk proses berkaitan urusan tanah, khidmat nasihat serta hebahan maklumat terkini. Sambutan yang diterima adalah amat menggalakkan, sekali gus membuktikan minat dan keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan.

Hasil daripada komitmen serta kerjasama semua warga kerja yang terlibat, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah telah berjaya menerima Anugerah Booth Terbaik sepanjang penganjuran program tersebut. Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan Jabatan dalam menyediakan pameran yang informatif, kreatif dan mesra pengunjung.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 17 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement