Pameran Outreach 50 Tahun SALCRA
Posted on 30 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei bahagian Sri Aman
Pameran Outreach 50 Tahun SALCRA
Tarikh: 30 Julai 2026
Masa: 10 pagi
Tempat: Kilang Kelapa Sawit Lubok Antu, Merindun, Sri Aman
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman telah dijemput untuk menyertai Pameran Outreach 50 Tahun SALCRA yang diadakan bersempena Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Kawasan Pembangunan Tanah SALCRA Wilayah Sri Aman.
Penyertaan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman dalam pameran ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan peranan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak kepada masyarakat, memberikan penerangan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan, khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan tanah, mempromosikan penggunaan aplikasi Mobile LASIS, menyediakan kaunter khidmat nasihat bagi membolehkan orang ramai mendapatkan penjelasan secara terus berkaitan urusan tanah dan ruang pameran turut mempamerkan peralatan survei yang digunakan dalam kerja-kerja pengukuran tanah di lapangan bagi meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai proses ukur tanah dan teknologi yang digunakan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak.
Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh turut berkesempatan melawat ruang pameran Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman serta meninjau peralatan survei yang dipamerkan.
