News

 

Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Bagi Kawasan Pembangunan SALCRA Wilayah Sri Aman

Posted on 30 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei bahagian Sri Aman

Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Bagi Kawasan Pembangunan SALCRA Wilayah Sri Aman

Tarikh: 30 Julai 2026
Masa: 10 pagi
Tempat: Kilang Kelapa Sawit Lubok Antu, Merindun, Sri Aman

Seramai 417 Surat Hak Milik Tanah telah disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak kepada 306 orang penerima.  Daripada jumlah tersebut, sebanyak 237 Surat Hak Milik Tanah dikeluarkan melalui Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak untuk kawasan DUN N.33 Engkilili yang melibatkan Lemanak Oil Palm Estate.  Manakala untuk kawasan DUN N.34 Batang Ai yang melibatkan Batang Ai Oil Palm Estate, sebanyak 34 Surat Hak Milik Tanah dikeluarkan melalui Seksyen 13 Kanun Tanah Sarawak, 15 Surat Hak Milik Tanah dikeluarkan melalui Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan sebanyak 131 Surat Hak Milik Tanah yang melibatkan kawasan Batu Kaya Oil Palm Estate dikeluarkan melalui Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.  

Penyerahan surat hak milik tanah ini merupakan antara usaha berterusan kerajaan untuk memberikan jaminan pemilikan tanah yang sah kepada penerima, sekali gus meningkatkan kesejahteraan dan pembangunan sosioekonomi masyarakat.  Majlis turut dihadiri oleh YB Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.34 Batang Ai, YB Tuan Roy Angau Gingkoi, Ahli Parlimen P203 Lubok Antu, YB Dr Johnichal Rayong Ngipa, Ahli Dewan Undangan Negeri N.33 Engkilili, Datu Joseph Blandoi, Pengurus Besar SALCRA.


Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 17 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement