
SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 6(4) KANUN TANAH NEGERI BAGI PROJEK “KANOWIT REGIONAL WATER SUPPLY - NANGA DAP RESERVIOR
Tarikh: 29 Julai 2026 (Rabu)
Masa: 10.30 pagi
Tempat: Rumah Entili Anak Geranji,
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu telah mengadakan satu sesi dialog bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 6(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Kanowit Regional Water Supply - Nanga Dap Reservior.
Dalam sesi tersebut, Ketua Kampung dan pemilik tanah telah diberikan taklimat oleh Pegawai Penilaian Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, Puan Serimah Ak. Bol. Taklimat tersebut merangkumi tujuan pengambilan balik tanah, proses pelaksanaan pengukuran dan tatacara membuat tuntutan pampasan.
Sesi dialog ini turut dihadiri oleh wakil daripada Pejabat Daerah Kanowit dan Cawangan Survei Jabatan Tanah Dan Survei Sibu.
Penganjuran sesi dialog ini bertujuan memastikan semua pihak yang terlibat, khususnya pemilik tanah, mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai proses pengambilan balik tanah. Pendekatan ini diharap dapat melancarkan pelaksanaan projek serta memastikan segala urusan berkaitan pengambilan balik tanah dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi peruntukan Kanun Tanah Negeri.
