News

 

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 5(3) DAN 5(4) KANUN TANAH NEGERI

Posted on 28 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 5(3) DAN 5(4) KANUN TANAH NEGERI BAGI PROJEK “DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT SUNGAI TAS NANGA 3, KANOWIT, SIBU (REPEATER)”

Tarikh: 28 Julai 2026 (Selasa)
Masa: 11.00 pagi
Tempat: Rumah Nelli Anak Lawang, Nanga Ngungun, Kanowit

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu telah mengadakan satu sesi dialog bagi memberi penerangan mengenai pelaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Sungai Tas Nanga 3, Kanowit, Sibu (Repeater).

Dalam sesi tersebut, Ketua Kampung dan pemilik tanah telah diberikan taklimat oleh Pegawai Penilaian Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, Puan Serimah Ak. Bol. Taklimat tersebut merangkumi tujuan pengambilan balik tanah, proses pelaksanaan pengukuran, tatacara membuat tuntutan pampasan, serta pengagihan Borang E kepada pihak yang berkepentingan bagi tujuan tuntutan.

Sesi dialog ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada Pejabat Daerah Kanowit, Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), Sarawak Multimedia Authority (SMA), serta wakil daripada pihak ladang yang berhampiran.

Penganjuran sesi dialog ini bertujuan memastikan semua pihak yang terlibat, khususnya pemilik tanah, mendapat maklumat yang jelas dan tepat mengenai proses pengambilan balik tanah. Pendekatan ini diharap dapat melancarkan pelaksanaan projek serta memastikan segala urusan berkaitan pengambilan balik tanah dilaksanakan secara teratur, telus dan mematuhi peruntukan Kanun Tanah Negeri.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 17 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement