Sesi Mesyuarat Bersama Yang Berhormat Datuk Ir Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya
Posted on 28 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Sesi Mesyuarat Bersama Yang Berhormat Datuk Ir Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Sadong Jaya
Tarikh : 28.07.2026
Masa : 02.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah mengadakan sebuah mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Ir Aidel bin Lariwoo. Mesyuarat berkenaan berfokuskan perkembangan pengambilan balik tanah untuk Projek Jalan Raya SGSH (Package 1A, 1B, 2A, & 2B) dan Projek Jalan Raya GSS (Section A & B).
Beberapa isu lain juga ada dibangkitkan berkenaan Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sadong Jaya Selatan dan Semera Baru.
Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah pihak Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD), wakil Residen Bahagian Samarahan, wakil Pegawai Daerah Gedong, wakil Pegawai Daerah Simunjan, Jurutera Bahagian Samarahan, Jurutera Bahagian Serian, serta wakil Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian.
Happy Sarawak Day 2026 to all the people of the Land of Hornbills across all races and cultures.
Guided by the theme "Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai", the staff of the Sarawak Land and Survey Department are committed to continuously strengthening land administration services, surveying, and efficient and trustworthy resource management to support the state's socioeconomic development surge.
Let us together continue the spirit of togetherness, unity, and firm determination to propel Sarawak towards a progressive, prosperous, and peaceful region by the year 2030 and beyond, together driving Sarawak's development and progress.