News

 

Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Northern Coastal Highway (NCH) Limbang - Section 1 & 2

Posted on 27 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang

Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Cek Pampasan Tanah Bagi Projek Northern Coastal Highway (NCH) Limbang - Section 1 & 2

Tarikh : 27/7/2026
Masa : 08:00 pagi
Tempat : Dewan St. Edmund, Limbang

Majlis Penyerahan Surat Hakmilik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak dan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Northern Coastal Highway (NCH) Limbang – Section 1 & 2 telah disempurnakan pada 27 Julai 2026 di Dewan St. Edmund, Limbang oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II. Bagi SHT Seksyen 18, sebanyak 97 surat hakmilik melibatkan Kpg Terimah dan Kpg Ranggu/Pengkalan Jawa, Limbang di bawah Program Pengukuran Lot Individu NCR Inisiatif Baharu telah diserahkan.

Untuk Projek NCH Limbang, majlis ini turut menyerahkan cek pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat. Bagi Section 1, seramai 72 orang penerima menerima pampasan berjumlah RM7,130,480.70 daripada keseluruhan pampasan RM32,279,272.05 untuk 444 penerima. Manakala bagi Section 2, seramai 22 orang penerima menerima cek berjumlah RM3,263,893.88 daripada jumlah keseluruhan pampasan RM43,622,436.25 untuk 354 penerima. Baki penerima akan menerima secara berperingkat dalam majlis akan datang.

Program ini turut menekankan peranan ketua masyarakat dan ketua kaum dalam pembangunan mampan daerah Limbang, selari dengan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat & Ketua Kaum yang diadakan. Secara keseluruhannya, majlis ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan hak milik tanah NCR dijamin dan pampasan projek pembangunan diagihkan secara adil kepada rakyat Limbang.



image Polls
image Announcement