Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
Posted on 25 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026
Tarikh : 25.07.2026
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perpaduan Daerah Kecil Debak
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong telah menyertai Pameran Sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026. Program ini menghimpunkan masyarakat setempat bersama pelbagai agensi kerajaan dan rakan strategik dalam usaha memperkukuh kesedaran mengenai kepentingan penglibatan bapa dalam pembangunan keluarga dan komuniti.
Program diisi dengan penyediaan perkhidmatan serta pameran agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jualan Rahmah dan cabutan bertuah. Majlis dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato' Sri Hajah Rohani binti Abdul Karim, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Yang Berhormat Datuk Dr. Haji Mohammad Razi bin Sitam, Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Sarawak Merangkap ADUN N.35 Saribas.
Program diisi dengan elemen pendidikan dan perkongsian ilmu iaitu sesi Pocket Talk Sehebat Kasih Bapa yang membincangkan pelbagai aspek berkaitan peranan lelaki dalam keluarga, termasuk kesihatan, kesejahteraan, ekonomi serta keselamatan keluarga. Selain itu, aktiviti interaktif seperti kuiz keluarga dan cabutan bertuah turut diadakan bagi menggalakkan penyertaan aktif serta mengeratkan hubungan kekeluargaan dalam suasana yang santai dan mesra.
Secara keseluruhannya, penganjuran Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2026 diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan bapa sebagai tonggak utama keluarga, di samping memperkukuh nilai kasih sayang, tanggungjawab dan kebersamaan dalam institusi keluarga. Program ini menjadi platform strategik untuk memupuk kerjasama antara agensi kerajaan, komuniti dan masyarakat.
Happy Sarawak Day 2026 to all the people of the Land of Hornbills across all races and cultures.
Guided by the theme "Sarawak Maju Makmur, Segulai Sejalai", the staff of the Sarawak Land and Survey Department are committed to continuously strengthening land administration services, surveying, and efficient and trustworthy resource management to support the state's socioeconomic development surge.
Let us together continue the spirit of togetherness, unity, and firm determination to propel Sarawak towards a progressive, prosperous, and peaceful region by the year 2030 and beyond, together driving Sarawak's development and progress.