Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah (SHT) Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) Bagi Kampung Tradisional Kampung Triso Darat, Betong
Posted on 23 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah (SHT) Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) Bagi Kampung Tradisional Kampung Triso Darat, Betong
Tarikh: 23.7.2026
Masa: 1430 petang
Tempat: Dewan Serbaguna Kampung Triso, Maludam
Pengukuran Kampung Tradisi di bawah Inisiatif Pengukuran Tanah NCR Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak ialah program Kerajaan Sarawak untuk mengukur lot kediaman di kampung tradisi supaya pemilik yang layak memperoleh surat hak milik individu di bawah Seksyen 18. Melalui program pengukuran ini, Kampung Triso Darat telah berjaya diwartakan seluas 3.56 hektar (8.8 ekar). Penyerahan hari ini melibatkan 46 orang pemilik tanah yang melibatkan 46 lot tanah penduduk dari Kampung Triso Darat, Maludam, Betong.
