News

 

Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri

Posted on 21 Jul 2026
Source of News: Unnit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian

Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Membina Baru Jalan Alternatif Kpg Sg. Riset/Kpg Skuduk/Kpg Plaman Payang/Kpg Chupak, Serian

Tarikh : 21.07.2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Serin, Kpg Skuduk, Siburan

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Serian mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.

Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung, JKK Kampung dan pemilik tanah telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses bagaimana  membuat tuntutan pampasan.

Dengan adanya sesi dialog ini, diharapkan dapat memberikan pemakluman dan  pengetahuan akan kepentingan Projek ini pada masa akan datang.



image Polls
image Announcement