News

 

Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3)&(4) Kanun Tanah Sarawak

Posted on 22 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3)&(4) Kanun Tanah Sarawak : Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Bukit Bujang, Saratok District, Betong (MC2017_MBSM)

Tarikh: 21.7.2026
Masa: 1100 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok

Dialog ini memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai Notis Pengambilan Balik Tanah di Sarawak, khususnya berkaitan Seksyen 5(3)&(4) Kanun Tanah Sarawak, serta proses pengambilan balik tanah bagi tujuan pelaksanaan projek pembangunan kerajaan. Dialog turut menjelaskan peranan dan tanggungjawab Ketua Masyarakat, Ketua Kaum/Tuai Rumah dan ahli JKKK dalam memaklumkan projek kepada penduduk, mengenal pasti penuntut yang berhak, serta memastikan tuntutan dikemukakan oleh pemilik yang sah. Bagi tanah yang terlibat, penuntut hendaklah mengemukakan Borang E berserta dokumen sokongan dalam tempoh 60 hari, iaitu dari 22.06.2026 hingga 20.08.2026, manakala pengesahan maklumat tuntutan adalah penting bagi memastikan hanya pihak yang benar-benar berhak mengemukakan tuntutan.



image Polls
image Announcement