News

 

Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sadong Jaya Selatan, Samarahan

Posted on 21 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Skim Pembesaran Kampung (SPK) Sadong Jaya Selatan, Samarahan

Tarikh : 21.07.2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, Samarahan

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri. 

Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses untuk mengemukakan tuntutan pampasan. 

Dengan diadakan sesi dialog ini, diharapkan agar dapat memberikan informasi dan pemakluman kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini.



image Polls
image Announcement