News

 

Seminar Kefahaman Undang-undang Keluarga Islam Bersempena Program Ziarah Mahabbah Tahun 2026

Posted on 21 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman

Seminar Kefahaman Undang-undang Keluarga Islam Bersempena Program Ziarah Mahabbah Tahun 2026 Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) Bersama Majlis Islam Sarawak (MIS)
Tarikh : 21.07.2026 (Selasa)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Khulafa' Ar-rasyidin, Majlis Bandar Sri Aman

Forum Syariah Perdana bertemakan "Pengurusan Harta Pusaka Orang Islam" telah menampilkan tiga orang panel, iaitu Yang Arif Tuan Haji Mahiden bin Haji Sah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Sarawak, Encik Hamdan bin Haji Katang, Pegawai Daerah Pusa dan Encik Michealson Nyisin, Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman.

Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya bagi memperkukuh kesedaran dan kefahaman masyarakat setempat terhadap Undang-Undang Keluarga Islam di Sarawak, khususnya dalam aspek pengurusan harta orang Islam serta hal ehwal kekeluargaan. Selain itu, Pejabat Bahagian Sri Aman turut mengambil bahagian dalam mini pameran dengan menyediakan kaunter khidmat nasihat.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Dayang Noorazah Bte Haji Awang Sohor, Ahli Dewan Undangan Negeri N.28 Lingga.



image Polls
image Announcement