News

 

SESI DIALOG SEKSYEN 5(3)&(4) DAN SEKSYEN 6(4) BAGI PROJECT DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT SEBAUH, BINTULU

Posted on 20 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu

SESI DIALOG SEKSYEN 5(3)&(4) DAN SEKSYEN 6(4) BAGI PROJECT DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT SEBAUH, BINTULU

TARIKH : 20 JULAI 2026
MASA : 10.00 PAGI
TEMPAT : BALAI RAYA SEBAUH

Pada 20 Julai 2026, jam 10.00 pagi di Balai Raya Sebauh, sesi dialog di bawah Seksyen 5(3) & (4) serta Seksyen 6(4) telah berlangsung dengan kehadiran seramai 16 orang, termasuk tiga wakil MCMC dan dua wakil Pejabat Daerah.

Sesi dialog ini bertujuan memberikan penerangan kepada pemilik tanah dan pihak berkepentingan mengenai cadangan pengambilan balik tanah serta prosedur yang diperuntukkan di bawah Seksyen 5(3) & (4) dan Seksyen 6(4) Kanun Tanah Sarawak. Selain itu, sesi ini memberi peluang kepada pemilik tanah untuk mengemukakan pandangan, pertanyaan atau maklumat berkaitan tanah yang terlibat. Dialog ini juga bertujuan memastikan proses pengambilan balik tanah dilaksanakan secara telus, adil, teratur serta menggalakkan kerjasama antara agensi pelaksana dan pemilik tanah.



image Polls
image Announcement