News

 

Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di Bawah Seksyen 5 (3)&(4) Kanun Tanah Sarawak

Posted on 21 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di Bawah Seksyen 5 (3)&(4) Kanun Tanah Sarawak : Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Unregistered State Land, Sungai Dabai, PBH, Saratok, Betong (Jen1-1152v)

Tarikh: 20.7.2026
Masa: 1000 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat PDK Roban

Sesi dialog ini bertujuan memberi penerangan mengenai proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 5 (3)&(4) Kanun Tanah Sarawak bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Unregistered State Land, Sungai Dabai, Saratok, Betong (JEN1-1152V) yang dilaksanakan oleh Sarawak Multimedia Authority (SMA). Notis berkanun telah diluluskan dan diwartakan mengikut peruntukan undang-undang, dengan tempoh tuntutan selama 60 hari bermula 22 Jun 2026 sehingga 20 Ogos 2026. Pemilik tanah yang mempunyai hak ke atas tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan berkenaan hendaklah mengemukakan tuntutan menggunakan Borang E berserta salinan kad pengenalan dan buku akaun kepada Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Bahagian Betong dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolehkan pengesahan hak dan urusan pampasan dijalankan mengikut prosedur.



image Polls
image Announcement