News

 

DIALOG SEKSYEN 6(4) KANUN TANAH SARWAK BAGI PROJEK "DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT TATAU BINTULU

Posted on 17 Jul 2026
Source of News: Suara Sarawak

DIALOG SEKSYEN 6(4) KANUN TANAH SARWAK BAGI PROJEK "DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT TATAU BINTULU

TARIKH : 17 JULAI 2026
MASA : 1000 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PEJABAT DAERAH TATAU, BINTULU

Pada 17 Julai 2026, pihak JTS Bintulu telah mengadakan satu sesi dialog berkenaan seksyen 6(4) kepada ketua kampung dikawasan sg Selitut Tatau.

Dialog di bawah Seksyen 6(4) Kanun Tanah Sarawak diadakan bagi memberi penerangan kepada komuniti dan pihak berkepentingan mengenai cadangan pewartaan atau pengisytiharan kawasan Rizab Komunal Bumiputera (Native Communal Reserve), termasuk sempadan kawasan yang terlibat, hak dan kepentingan pemilik atau penuntut tanah adat (NCR), serta proses pelaksanaan pengukuran dan pewartaan. Dialog ini juga bertujuan mendapatkan maklum balas, menyelesaikan isu yang dibangkitkan, meningkatkan kefahaman masyarakat, dan memastikan pelaksanaan proses dibuat secara telus, teratur serta mematuhi peruntukan Kanun Tanah Sarawak.



image Polls
image Announcement