Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Redevelopment of Trusan Bazaar, Lawas
Posted on 17 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Redevelopment of Trusan Bazaar, Lawas
Tarikh: 17.07.2026 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah & Survei Lawas, Tingkat 9, Bangunan Kompleks IAC, Lawas
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kaum, penuntut dan pemilik tanah di Trusan, Lawas berkenaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan oleh Pegawai Penilaian, Mohd Marwan bin Yusup mengenai tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan. Borang E turut diagihkan bagi tujuan tuntutan.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
