Sesi Dialog Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Maintenance and Upgrading of Farm Road for Tanjung Gelagah, Betong.
Posted on 17 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sesi Dialog Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Maintenance and Upgrading of Farm Road for Tanjung Gelagah, Betong.
Tarikh : 17.07.2026
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Tuai Rumah dan Penghulu telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses untuk mengemukakan tuntutan pampasan. Turut hadir ialah pegawai dari Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Betong iaitu Encik Mazolizam dan Encik Jackson.
Dengan mengadakan sesi dialog ini, diharapkan agar dapat memberikan info dan pemakluman kepada Tuai Rumah dan Penghulu tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini.
