SESi DIALOG LAPANGAN PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 6(4) KTN
Posted on 16 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
SESi DIALOG LAPANGAN PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 6(4) KTN BAGI PROJEK LAYING OF 160mm HDPE PIPE, CONSTRUCTION OF HIGH LEVEL WATER TANK C/W INLINE BOOSTER PUMP AND ASSOCIATED WORK AT RH ANGGAU.
Tempat: Rumah Anggau anak Minggat, Rantau Mengeris, batu 15, Sg. Pasai
Tarikh : 16.07.2026
Masa : 10.30pg
Tujuan utama Sesi dialog ini diadakan adalah bagi memberi penerangan berhubung perlaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 6(4) KTN, yang melibatkan kumpulan sasaran terdiri daripada penduduk kampung yang terlibat, dengan kehadiran seramai 27orang, termasuk 10 pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, 2 orang Wakil Pegawai Daerah Sibu. Turut hadir ialah agensi pelaksana, Sarawak Water Sdn Bhd, yang diketuai oleh Mr. Hii bersama seorang pegawai.
Sepanjang sesi, penerangan diberikan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pengukuran, hak-hak penuntut serta tatacara tuntutan pampasan.
Program ini menjadi platform untuk menyampaikan maklumat secara jelas, mendapatkan maklum balas penduduk serta memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.
