SESi DIALOG LAPANGAN PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 5 (3)&(4) KTN DAN SEKSYEN 6(4) KTN BAGI PROJEK JALAN BATANG LASSA/SEBINJAI/TANJUNG BERKAKAP, SIBU
Posted on 15 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
SESi DIALOG LAPANGAN PENGAMBILAN BALIK TANAH DI BAWAH SEKSYEN 5 (3)&(4) KTN DAN SEKSYEN 6(4) KTN BAGI PROJEK JALAN BATANG LASSA/SEBINJAI/TANJUNG BERKAKAP, SIBU
Tempat: Rumaj Unjah, Sg. Melanggan
Tarikh : 15.07.2026
Masa : 2.30ptg
☐ Tujuan utama Sesi dialog ini diadakan adalah bagi memberi penerangan berhubung perlaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah seksyen 5(3) &(4) KTN dan Seksyen 6(4) KTN, yang melibatkan kumpulan sasaran terdiri daripada penduduk kampung yang terlibat, dengan kehadiran seramai 59 orang, termasuk 10 pegawai daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu. Turut hadir ialah agensi pelaksana, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, yang diketuai oleh Puan Mitchell bersama dua orang pegawai.
☐ Sepanjang sesi, penerangan diberikan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pengukuran, hak-hak penuntut serta tatacara tuntutan pampasan. Selain itu, Borang E turut diedarkan bagi merekodkan kepentingan setiap penuntut.
☐ Program ini menjadi platform untuk menyampaikan maklumat secara jelas, mendapatkan maklum balas penduduk serta memperkukuh kerjasama antara agensi dan komuniti bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar.
