Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: NCH (Lawas Work Package - Section 1) - Design Change From Interchange To Trumpet - Type Interchange
Posted on 16 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: NCH (Lawas Work Package - Section 1) - Design Change From Interchange To Trumpet - Type Interchange
Tarikh: 16.07.2026 (Khamis)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Tanah & Survei Lawas, Tingkat 9, Bangunan Kompleks IAC, Lawas
Sesi ini bertujuan memberi taklimat kepada penuntut dan pemilik tanah berkaitan pelaksanaan pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Dalam sesi tersebut, aspek tujuan pengambilan, prosedur pengukuran, hak penuntut serta proses tuntutan pampasan telah dijelaskan. Borang E juga diedarkan bagi tujuan merekod maklumat kepentingan ke atas tanah.
Secara keseluruhannya, sesi dialog diharap dapat memberi kefahaman yang jelas kepada penuntut bagi memastikan proses pengambilan tanah berjalan lancar mengikut undang-undang.
