Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3) & (4) KTN Mengenai Projek Tapak Baharu Bagi SK Ulu Kabo, Saratok.
Posted on 17 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3) & (4) KTN Mengenai Projek Tapak Baharu Bagi SK Ulu Kabo, Saratok.
Tarikh : 16.07.2026
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Saratok
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Tuai Rumah dan Penghulu telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses untuk mengemukakan tuntutan pampasan.
Dengan mengadakan sesi dialog ini, diharapkan agar dapat memberikan info dan pemakluman kepada Tuai Rumah dan Penghulu tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini.
