Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek : Menaiktaraf Jambatan Sungai Lembong, Suai, Miri
Posted on 16 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek : Menaiktaraf Jambatan Sungai Lembong, Suai, Miri
Tarikh: 16.7.2026
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Ruai Rumah Tr Derit Anak Egam
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Dengan mengadakan sesi dialog ini, diharap dapat memberikan info serta pengetahuan kepada penuntut tentang proses pengambilan balik tanah oleh kerajaan.
