DIALOG PENGAMBILAN BALIK HAKMILIK TANAH DIBAWAH SESKYEN 5(3) & (4) BAGI PROJEK DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT TATAU, BINTULU
Posted on 15 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
DIALOG PENGAMBILAN BALIK HAKMILIK TANAH DIBAWAH SESKYEN 5(3) & (4) BAGI PROJEK DEVELOPMENT OF TELECOMMUNICATION INFRASTRUCTURE AND FACILITIES AT TATAU, BINTULU
TARIKH : 15 JULAI 2026
MASA : 09.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT PEJABAT DAERAH TATAU, BINTULU
Pada 15 Julai 2026, JTS Bintulu telah mengadakan satu sesi dialog untuk menerangkan tentang tuntutan-tuntutan yang perlu dibuat oleh pemilik tanah menggunakan borang E.
Dialog ini bertujuan memberi penerangan kepada pemilik tanah mengenai proses pengambilan balik hakmilik tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) bagi Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities di Tatau, Bintulu. Objektifnya adalah memastikan semua pihak memahami keperluan projek, prosedur perundangan, hak dan tanggungjawab pemilik tanah, serta menyediakan ruang perbincangan, penjelasan dan maklum balas bagi mencapai persetujuan yang telus, adil dan berkesan.
