Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri
Posted on 16 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Menaiktaraf Jalan Kampung Lubok Samsu, Kampung Setamen, Kampung Sabang, Kampung Semanggal, Kampung Tanjung Tagalong, Kampung Sungai Ba, Kampung Jagong, Simunjan - Revised Alignment
Tarikh : 15.07.2026
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Pejabat Daerah Gedong
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran serta proses untuk mengemukakan tuntutan pampasan.
Dengan diadakan sesi dialog ini, diharapkan agar dapat memberikan informasi dan pemakluman kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini.