Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Dan Seksyen 6(4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Jalan Batang Lassa/Sebinjai/Tangjung Bekakap Sibu
Posted on 14 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Dan Seksyen 6(4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek Jalan Batang Lassa/Sebinjai/Tangjung Bekakap Sibu
Tarikh : 14.07.2026
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Rumah Hudson Madut, Sebinjai, Sungai Serban, Singat
Sesi dialog ini diadakan bagi memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) serta Seksyen 6(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut dan pemilik tanah yang mempunyai kepentingan terhadap tanah yang terlibat dalam projek berkenaan.
Dalam sesi ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum serta para penuntut telah diberikan penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan, serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Selain itu, Borang E turut diedarkan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan mereka ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Penganjuran sesi dialog ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta memberikan maklumat yang jelas kepada para penuntut mengenai proses pengambilan tanah oleh Kerajaan, sekali gus memastikan pelaksanaannya berjalan secara telus, teratur dan mengikut peruntukan undang-undang.
