News

 

Kunjungan Hormat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Posted on 13 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

Kunjungan Hormat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Tarikh: 13.07.2026 (Isnin)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 8, Cawangan Tanah

Sesi kunjungan hormat ini bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dengan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak, khususnya berkaitan penyelarasan urusan serta tindakan bersama melibatkan bidang kuasa dan tanggungjawab kedua-dua pihak. Perbincangan turut memfokuskan kepada pertukaran maklumat, penyelarasan pengendalian isu berkaitan koperasi, termasuk tindakan undang-undang melibatkan tuntutan hutang Non-Performing Financing (NPF) terhadap koperasi di Negeri Sarawak yang melibatkan prosiding mahkamah serta urusan di Pejabat Tanah dan Survei Sarawak.
Sesi ini diadakan bagi memastikan kerjasama antara agensi dapat diperkukuhkan, proses tindakan dapat diselaraskan dengan lebih teratur serta penyampaian perkhidmatan awam dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.



image Polls
image Announcement