Seminar Kefahaman Undang-undang Keluarga Islam Bersempena Program Ziarah Mahabbah Tahun 2026 Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JASA) Bersama Majlis Islam Sarawak (MIS)
Posted on 14 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Seminar Kefahaman Undang-undang Keluarga Islam Bersempena Program Ziarah Mahabbah Tahun 2026 Anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JASA) Bersama Majlis Islam Sarawak (MIS)
Tarikh : 14.07.2026 (Selasa)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Warisan Sadong Jaya
Ahli panel adalah :
1. Hakim Mahkamah Rendah Syariah Kota Samarahan,
2. Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya
3. Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Program ini dengan jayanya dilaksanakan bagi meningkatkan kefahaman penduduk kampung mengenai kepentingan pengurusan harta pusaka mengikut hukum syarak serta peruntukan undang-undang. Program ini juga turut memberi pendedahan berkaitan prosedur tuntutan pusaka, perancangan harta dan tanggungjawab waris dalam memastikan pembahagian harta dilaksanakan secara teratur, adil dan berkesan.
Majlis penangguhan dilaksanakan oleh YB Datuk Ir Aidel bin Lariwoo, Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak merangkap ADUN Sadong Jaya.
