PROGRAM JELAJAH INTERGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN SRI AMAN
Posted on 14 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei bahagian Sri Aman
PROGRAM JELAJAH INTERGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN SRI AMAN
TARIKH : 14 JULAI 2026
MASA : 08.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT JTS SRI AMAN
Pada 14 Julai 2026, Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menganjurkan Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Sri Aman. Program yang disertai oleh 50 orang warga kerja pejabat ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti serta memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan.
Antara pengisian program termasuk perasmian Ruang Paparan Maklumat Integriti, lafaz Ikrar Integriti serta sesi pengenalan kepada inisiatif-inisiatif integriti Jabatan.
