News

 

Lawatan Tapak Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak

Posted on 14 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

KUCHING: 14 Julai 2026: Satu Lawatan Tapak Pensijilan Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) oleh Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak telah diadakan pada 14 Julai 2026 (Selasa) dan Majlis perasmian Pembukaan sesiberkenaan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Tingkat 4, Menara Pelita.


Pasukan audit diketuai oleh Encik Nasir bin Lariwoo, Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak selaku Ketua Juruaudit. Beliau dibantu oleh Puan Julie Chong Wei Ni, Ketua Bahagian Audit dan Inspektorat, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak selaku Sekretariat.

Turut menganggotai pasukan juruaudit ialah Puan Zuraidah binti Sahman, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pengurusan Transformasi, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak; Encik Loh Tii Yew, Penolong Pegawai Tadbir, Bahagian Pengurusan Inovasi, Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak; serta Cik Nur Syahrina binti Juni dari Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak yang turut bertindak sebagai Sekretariat.

Sesi dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmood dan seterusnya ucapan balas oleh Ketua Juruaudit sebelum sesi penilaian dilaksanakan ke atas jabatan ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pengurusan) Sr Haji Rozlan Bin Haji Putit, Timbalan Pengarah (Operasi) TPr Irene Wee Siew Liang, Penolong Pengarah Tanah, Encik
Lawatan ini bertujuan menilai tahap pematuhan jabatan terhadap piawaian SACSES meliputi setiap aras di Menara Pelita. Setelah Ibu Pejabat telah dipersijilkan SACSES ini akan diimplementasikan sepenuhnya ke semua 12 pejabat Bahagian di seluruh Sarawak.


 


image Polls
image Announcement