News

 

PROGRAM JELAJAH INTEGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN BETONG

Posted on 13 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

PROGRAM JELAJAH INTEGRITI DI PEJABAT BAHAGIAN BETONG

Tarikh: 13.7.26
Masa: 0800 pagi
Tempat: Aras UG, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Betong

Unit Integriti Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah menjalankan Program Jelajah Integriti di Pejabat Bahagian Betong bertempat di Aras UG, Kompleks Pejabat Kerajaan Negeri, Bahagian Betong, bermula jam 8.00 pagi. Program ini melibatkan penyertaan warga pejabat bagi memperkukuh budaya integriti, meningkatkan kesedaran terhadap nilai-nilai etika serta memupuk amalan tadbir urus yang baik dalam penyampaian perkhidmatan awam. Pengisian program merangkumi sesi perkongsian berkaitan integriti yang dikendalikan oleh Unit Integriti bagi memastikan mesej integriti dapat disampaikan secara berkesan serta diaplikasikan dalam tugasan harian.



image Polls
image Announcement