News

 

Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Posted on 09 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (DR) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Tarikh : 9 Julai 2026
Masa : 10 pagi (Khamis)
Tempat : Jambatan Batang Lupar 1, Sebuyau.

Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg pada 9 Julai 2026 (Khamis), bertempat di Jambatan Batang Lupar 1, Sebuyau. Majlis yang bermula pada pukul 10.00 pagi ini menjadi satu detik bersejarah dalam pembangunan infrastruktur negeri, khususnya bagi penduduk di kawasan Sebuyau dan kawasan sekitarnya.

Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 ini memberi cerminan bahawa inisiatif pembangunan ini memberi manfaat yang besar kepada masyarakat dengan meningkatkan kesalinghubungan, memendekkan masa perjalanan serta merancakkan aktiviti ekonomi dan sosial di kawasan tersebut. Projek ini turut mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan infrastruktur yang moden, selamat dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri yang berterusan




image Polls
image Announcement