News

 

Dialog Meja Bulat Kelulusan bagi Pengukuran Perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Long Kesseh, Long Lama

Posted on 08 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri

Dialog Meja Bulat Kelulusan bagi Pengukuran Perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Long Kesseh, Long Lama

Tarikh: 8.7.2026, Rabu
Masa: 14:30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Telang Usan

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri telah mengadakan Dialog Meja Bulat Kelulusan bagi Pengukuran Perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Pewartaan di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri bagi kawasan Long Kesseh, Long Lama.

Dialog ini diadakan bagi memaklumkan kepada Pejabat Daerah Telang Usan, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai pelaksanaan pengukuran perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Long Kesseh yang telah diluluskan.

Melalui sesi perbincangan ini, semua pihak berkepentingan dapat mencapai persefahaman serta menyelaras tindakan bagi memastikan proses pengiktirafan hak tanah masyarakat setempat dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan.



image Polls
image Announcement