JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN KUCHING SERTAI MINI PAMERAN SEMPENA SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Posted on 08 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching
JABATAN TANAH DAN SURVEI BAHAGIAN KUCHING SERTAI MINI PAMERAN SEMPENA SEMINAR KEFAHAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM
Tarikh : 8 Julai 2026(Rabu)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Dewan Mahligai Gading, Lundu
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah menyertai Mini Pameran dan Kaunter Khidmat Nasihat sempena Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bersempena Program Ziarah Mahabbah Tahun 2026 anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak (JKSS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak (MIS) di Dewan Mahligai Gading, Lundu.
Sepanjang program berlangsung, Puan Nururraihan Binti Mohamad Abdillah, Pegawai Tanah, telah menyampaikan taklimat mengenai prosedur pengurusan harta pusaka serta urusan peralihan hak milik tanah mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Beliau turut memberi penerangan kepada pengunjung mengenai proses pindah milik kepada benefisiari, carian hak milik tanah serta dokumen yang diperlukan bagi setiap permohonan.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching dalam memperkukuh penyampaian maklumat kepada masyarakat serta meningkatkan kefahaman orang ramai mengenai urusan pentadbiran tanah. Inisiatif ini juga mempererat kerjasama antara agensi dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus dan berkesan demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan negeri.
