News

 

KEPUTUSAN ANUGERAH SACSES 2026

Posted on 09 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak
KEPUTUSAN ANUGERAH SACSES 2026

Tarikh:  9 Julai 2026

Tempat:  Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak


a. Anugerah Bilik Pegawai Terbaik- Bilik Pejabat Encik Ngu Tai Kong



b. Anugerah Pembudayaan SACSES Terbaik- Aras 8 Aras Efisien



c. Anugerah SACSES Corner Terbaik- Aras 3: Zon Kreatif



d. Anugerah Workstation Terbaik-Puan Rodziah binti Abang Daud dari Cawangan Pentadbiran
 
KHAMIS, 9 Julai 2026: Majlis Penyampaian Hadiah untuk Pemenang Anugerah Sarawak Civil Service Environmental Standard (SACSES) 2026 untuk peringkat Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah diadakan 9 Julai 2026 (Khamis) pada jam 2.30 petang.

Anugerah SACSES ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Latihan SACSES sebagai salah satu inisiatif untuk memperkukuh kefahaman, kesedaran dan pembudayaan amalan SACSES dalam kalangan warga Jabatan.

Penganjuran anugerah ini juga bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada warga kerja dan aras yang menunjukkan komitmen tinggi dalam mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, kemas, sistematik, kondusif dan berbudaya cemerlang.

Selain daripada pengiktirafan tersebut, semua pemenang Anugerah SACSES 2026 turut dilantik sebagai Duta SACSES JTS.

Pelantikan ini bertujuan untuk menjadikan para pemenang sebagai contoh amalan terbaik, rujukan dan penggerak kepada usaha pembudayaan SACSES di peringkat aras, cawangan dan jabatan secara berterusan.


Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan), Sr Haji Rozlan bin Haji Putit, melalui lawatan beliau ke beberapa aras bersama Jawatankuasa Induk SACSES JTS.

Berikut merupakan keputusan bagi empat anugerah utama yang dipertandingkan. Anugerah Bilik Pegawai Terbaik telah dianugerahkan kepada Bilik Pejabat Encik Ngu Tai Kong dari Aras 8.

Seterusnya, Anugerah Pembudayaan SACSES Terbaik telah diberikan kepada Aras 8, iaitu Aras Efisien, manakala Anugerah SACSES Corner Terbaik pula dianugerahkan kepada Aras Kreatif di Aras 3.

Bagi Anugerah Workstation Terbaik, anugerah tersebut telah diberikan kepada workstation milik Puan Rodziah binti Abang Daud dari Cawangan Pentadbiran, Aras 5.

Turut hadir ialah Penyelaras SACSES Jabatan, Puan Nur Amilia binti Haji Ibrahim; Encik Daleton Nilie Nunong, Ketua Jawatankuasa Promosi; Puan Rafiza binti Radin, Ketua Jawatankuasa Latihan; serta ahli-ahli jawatankuasa SACSES yang lain.


image Polls
image Announcement