Dialog Pengambilan Balik Tanah dibawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak - Permohonan Pertapakan bagi Proposed Mukah Water Treatment Plant, Mukah
Posted on 06 Jul 2026
Source of News: Unit perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah
Dialog Pengambilan Balik Tanah dibawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak - Permohonan Pertapakan bagi Proposed Mukah Water Treatment Plant, Mukah
Tarikh: 06.07.2026 (Isnin)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, Menara Pehin Setia Raja
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berkenaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Sarawak kepada penuntut/pemilik tanah yang terlibat di dalam kawasan tapak projek tersebut.
Melalui dialog ini, KMKK dan penuntut telah diberi penerangan mengenai proses pengambilan tanah, pengukuran dan cara membuat tuntutan melalui Borang E kepada penuntut tanah yang terlibat. Proses tuntutan ini adalah untuk rekod pejabat dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Diharap dengan mengadakan sesi dialog ini, akan memberikan informasi serta pengetahuan kepada penuntut tentang tujuan dan proses pengambilan balik tanah oleh kerajaan.
