News

 

CERAMAH/DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API

Posted on 07 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu

CERAMAH/DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API

TARIKH : 07 JULAI 2026
MASA : 08.00AM - 17.00PM
TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN JTS WISMA BINTULU

Pada 07 julai 2026, Jabatan Tanah dan Survei Bintulu dengan kerjasama pihak bomba telah menganjurkan satu ceramah berkenaan alat pemadam api bermula jam 8.00pagi sehingga 5.00petang.

 Ini bertujuan meningkatkan pengetahuan peserta mengenai punca-punca kebakaran, langkah-langkah pencegahan, prosedur tindakan kecemasan serta kaedah pemindahan yang teratur sekiranya berlaku insiden kebakaran. Di samping itu, demonstrasi penggunaan alat pemadam api memberi peluang kepada peserta menguasai teknik pengendalian peralatan tersebut secara betul, selamat dan berkesan melalui latihan praktikal.

Diharapkan peserta dapat memanfaatkan ilmu yang telah dikongsikan pihak bomba.




image Polls
image Announcement