News

 

JEMPUTAN MEMERIAHKAN KARNIVAL PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA ANJURAN PELATIH DIPLOMA LANJUTAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER AMBILAN MAC 2026 ILKKM KUCHING SARAWAK

Posted on 03 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong

JEMPUTAN MEMERIAHKAN KARNIVAL PROGRAM KOMUNITI SEJAHTERA ANJURAN PELATIH DIPLOMA LANJUTAN PENJAGAAN KESIHATAN PRIMER AMBILAN MAC 2026 ILKKM KUCHING SARAWAK

Tarikh: 3 Julai 2026
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Rumah Panjang Matu Lian Uma Sambop, Long Sematut, Belaga, Sarawak

Pada 3 Julai 2026, JTS Bahagian Kapit telah meyertai satu Program Komuniti Sejahtera yang telah diadakan oleh pihak Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Kuching, Sarawak bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang Maren Uma Matu Lian.

Sepanjang program berlangsung, JTS Kapit telah mengadakan satu pameran dan sesi ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Tanah, Cik Adeline Nani berkaitan pentadbiran serta pengurusan tanah. Pameran yang disediakan memaparkan maklumat mengenai fungsi jabatan, perkhidmatan yang ditawarkan, prosedur urusan tanah serta inisiatif pendigitalan perkhidmatan seperti Mobile Lasis. Sesi ceramah pula memberi penerangan kepada para peserta mengenai aspek pengurusan tanah, hak dan tanggungjawab pemilik tanah serta saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat. Di samping itu, pegawai JTS Kapit turut memberi penerangan secara terus kepada pengunjung dan menjawab pertanyaan berkaitan isu-isu tanah yang dikemukakan oleh masyarakat.

Program ini memperkukuhkan hubungan antara JTS Kapit dengan komuniti setempat melalui sesi libat urus secara langsung. Selain itu, penyampaian maklumat yang tepat membantu mengurangkan kekeliruan masyarakat berkaitan prosedur urusan tanah dan menggalakkan mereka mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi jabatan.



image Polls
image Announcement