MAJLIS PENYERAHAN CEK PAMPASAN BAGI PROJEK MENAIKTARAF JALAN MASUK KE LUNDU, KUCHING
Posted on 06 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching
MAJLIS PENYERAHAN CEK PAMPASAN BAGI PROJEK MENAIKTARAF JALAN MASUK KE LUNDU, KUCHING
Masa : 10.00 Pagi
Tarikh : 6 Julai 2026, Isnin
Tempat : Pusat Serbaguna Mahligai Gading, Kuching
Sebanyak 46 keping cek pampasan tanah telah diserah kepada 41 orang penerima yang berjumlah RM403, 618.75 dalam Majlis Penyerahan Cek Pampasan bagi Projek Menaiktaraf Jalan Masuk ke Lundu, Kuching yang berlangsung di Pusat Serbaguna Mahligai Gading, Lundu hari ini. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Azizul Annuar bin Pehin Sri Haji Adenan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.3 Tanjong Datu.
Projek Menaiktaraf Jalan Masuk ke Lundu tersebut telah diluluskan oleh Majlis Perancangan Negeri (SPA) pada 20 Mei 2025 dan melibatkan pengambilan sebanyak 38 lot tanah dengan keluasan keseluruhan 8,697.8 meter persegi (0.8698 hektar). Daripada jumlah tersebut, 24 lot merupakan tanah berhak milik, enam lot Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR), lima lot Tanah Rizab Komunal Bumiputera (NCL) dan tiga lot Tanah Kerajaan Berdaftar (SL).
Penyerahan pampasan ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap proses pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan dilaksanakan secara teratur, telus dan mengikut peruntukan Kanun Tanah Sarawak. Pelaksanaan projek ini dijangka meningkatkan tahap keselamatan, keselesaan dan kelancaran jaringan jalan raya, sekali gus menyokong pertumbuhan sosioekonomi masyarakat di kawasan Lundu
