News

 

Menyantuni Pegawai Encik Ahman Bin Ahmad, Pegawai yang terlibat kebakaran rumah

Posted on 06 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu

Menyantuni Pegawai Encik Ahman Bin Ahmad, Pegawai yang terlibat kebakaran rumah

Masa : 9.00 Pagi
Tarikh : 6 Julai 2026, Selasa
Tempat : Kampung Asakirin, Fasa 1

Pada 6 Julai, Jam 9.00 Ahli Kelab Landas bersama Puan Penguasa Sr Haslinda Binti Hamdan,  hadir menyantuni dan memberikan sumbangan kepada Encik Ahman Bin Ahmad, Pembantu Khidmat Am dari Cawangan Survei Lapangan iaitu merupakan pegawai yang terlibat dengan kebakaran rumah beliau. Sumbangan diberikan adalah untuk meringankan beban yang ditanggung oleh beliau dan keluarga akibat musibah kebakaran rumah. Selain membantu memenuhi keperluan asas dalam tempoh pemulihan, sumbangan ini juga bertujuan menzahirkan rasa prihatin, sokongan dan semangat kebersamaan daripada warga jabatan terhadap rakan sekerja yang ditimpa musibah. Di samping itu, inisiatif ini dapat memupuk nilai kemanusiaan, kasih sayang, saling membantu dan keprihatinan dalam kalangan warga kerja. Diharapkan sumbangan yang dihulurkan dapat memberikan sedikit kelegaan, menyuntik semangat untuk bangkit semula serta mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekitaan dalam organisasi.




image Polls
image Announcement