Sesi Meja Bulat Bagi Kelulusan Pengukuran Lot Individu dan Pengeluaran Surat Hak Milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Melalui Inisiatif Baru NCR Kawasan Tanjung Tekalong, Betong.
Posted on 06 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sesi Meja Bulat Bagi Kelulusan Pengukuran Lot Individu dan Pengeluaran Surat Hak Milik di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak Melalui Inisiatif Baru NCR Kawasan Tanjung Tekalong, Betong.
Tarikh: 6.7.2026
Masa: 0900 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat JTS Betong
Sesi meja bulat telah diadakan pada 6 Jun 2026 di Bilik Mesyuarat JTS Betong yang melibatkan pejabat JTS Betong dan pihak penuntut bagi membincangkan isu ketidakseragaman senarai nama, pengesahan lokasi tapak, konflik di lapangan serta prosedur pengukuran. Pihak pejabat menyarankan kepada pihak penuntut untuk berbincang dan menyediakan senarai nama baharu yang merangkumi semua pihak serta membuat semakan dan pengesahan kawasan sebelum kerja pengukuran diteruskan. Satu dialog lapangan akan diadakan pada tarikh yang akan diberitahu kemudian.
