News

 

Program Gotong Royong SACSES Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Posted on 04 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan


Program Gotong Royong SACSES Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Tarikh : 03.07.2026
Masa : 03.30 petang
Tempat : Perkarangan Lobi, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah berjaya menganjurkan Program Gotong-Royong SACSES. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan, menjaga kebersihan persekitaran pejabat, dan mengamalkan pembudayaan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. 

Bagi menyuntik tenaga dan keceriaan sebelum aktiviti fizikal bermula, sesi senaman Zumba telah dilaksanakan sebagai komponen pembuka tirai program. Aktiviti berzumba ini bukan sahaja berfungsi sebagai sesi pemanasan badan, malah menjadi medium interaktif yang efektif bagi mengurangkan tekanan kerja serta meningkatkan kecergasan kardiovaskular kakitangan.

Selesai sesi berzumba, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan dan mengemas ruang kerja serta kawasan persekitaran jabatan bagi memastikan suasana kondusif perkhidmatan terpelihara.




image Polls
image Announcement