Mesyuarat Projek Naik Taraf Jalan Ulu Sg Merah Bersama YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, N.54 Pelawan
Posted on 03 Jul 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Mesyuarat Projek Naik Taraf Jalan Ulu Sg Merah Bersama YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, N.54 Pelawan
Tarikh : 03.07.2026
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Jabatan Tanah Dan Survei Sibu
Mesyuarat ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah yang sedang dilaksanakan. Selain itu, mesyuarat ini turut membincangkan isu-isu yang dihadapi sepanjang pelaksanaan projek bersama pihak kontraktor yang terlibat, di samping mengenal pasti serta membincangkan langkah-langkah penyelesaian yang bersesuaian. Antara perkara yang diberi perhatian khusus ialah aduan yang diterima melalui sistem dalam talian Talikhidmat.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YB Datuk Michael Tiang Ming Tee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.54 Pelawan, wakil-wakil kontraktor yang terlibat serta wakil daripada Cawangan Kejuruteraan, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei.
Pada akhir mesyuarat, semua pihak berharap agar projek naik taraf Jalan Ulu Sungai Merah dapat disiapkan mengikut tempoh yang telah ditetapkan memandangkan jalan tersebut merupakan antara laluan utama yang digunakan oleh penduduk setempat.
